Monday, March 25, 2013

Masa depan anda bermula disini

assalamualaikum w.b.t

Tittle post macam iklan unibesiti swasta.

Well lepas SPM result keluar ni macam macam perangai, dan permasalahan baru timbul. Nak pilih course apa nak study kat mana semua semua la kan. Yang dapat result bagus bagus tu tak payah cerita. I malas nak cakap pasal mereka yang dapat result bagus.

Post ni specially bought untuk result yang tak berapa nak excellent like me. uhuk!

Aku bukan tau banyak sangat pasal life pon, i'm just 18 dan tak sampai pun lagi, jadi sangat banyak yang masih perlu saya pelajari.

Tapi, here are something yang aku boleh share dengan sesape lah yang baca post ni kan.

Macam ni, kita yang result tak gempak ni, memang sure lah payah nak mohon scholarship, ipta  pon belum tentu lagi dapat kan. Tapi, takkanla nak give up terus? Dah tak nak sambung belajar? Zaman sekarang ni, qualification at least degree tau. Ok, mungkin ada kata tak payah belajar sebab at the end dok dapur gak khasnya perempuan la yeee. Memanglah kedapur tapi dengan ilmu. Menuntut ilmu itu wajib ye kawan kawan.

Lagipun, banyak je peluang nak futher study sekarang ni. IPTS melambak lambak kat Malaysia. Tentang kewangan pulak kita ada PTPTN dan pinjaman MARA. (For now ni je la yang aku tau untuk kewangan).
Pastu, kalau rasa tak boleh dah nak futher dalam akademik, pergilah apply mana mana pusat kemahiran. kemahiran pun ilmu, tak semua orang boleh baiki moto, menjahit, baking etc etc. Semua tu perlukan kemahiran. Atau mungkin, bolehlah join army. Smart owh tentera, lagi lagi TUDM. Wow!

Pokoknya, ilmu tu sangat penting dalam hidup ni dan tak semestinya ilmu tu kena dapat dari Institusi Pengajian Tinggi Awam. Banyak sangat peluang, cuma kitalah yang kena rajin mencari. Rezeki takkan datang bergolek.

 Yang paling penting, jangan rasa it's the world end bila result teruk. SPM ialah tiket untuk menghadapi dunia. Result tu tentukan kebolehan kita. Sama ada berkemampuan untuk jadi engineer, doctor, mechanic, army dan sebagainya. It's just a start of our life. Jangan nak buat bodoh terjun TS, bunuh diri. Life must go on. Sesungguhnya, walau apapun result SPM tu, itulah rezeki yang Allah nak bagi dan tu lah ujian yang Allah nak bagi.

ALLAH KNOWS BETTER.

So, relax, tenangkan hati jiwa dan sanubari. Doa. Ambil sedikit masa, kaji balik apa yang kita nak dan cuba cari maklumat apa yang mungkin terbaik untuk kita. Kita cuma mampu berusaha melakukan yang terbaik dan Allah akan melakukan selebihnya. Do the best and let Allah do the rest. 

Jangan give up!
Go! go! Fighting! Chaiyok!

Owhhhh! and and and, I think la kan, it's quite great kalau uolls try apply course pengurusan. Tak kisahlah pengurusan hotel pon, sebab job untuk pengurusan sangat meluas. Kalau ambik diploma pengurusan, boleh jadi pengurus hotel, pengurus kedai kedai, kilang kilang atau sebagainya. Sebab mostly benda benda kat dunia ni perlukan pengurusan yang baik. Course yang kita pilih tu yang memainkan peranan senang ke tak dapat kerja. Kalau course tu terlalu glamer tapi peluang kerja tak banyak evento glamer dan belajar kat university terkemuka dengan pointer yang baik pon tak semestinya senang dapat kerja. Dan semuanya ditangan tuhan.Kuasa Allah kan. hmmmm.

Wassalam.xoxo



3 comments:

  1. yeah!!!aku sokong tapi mcm mner sekali pon nak fight no for ipts!!! hahahahah MAHAL2!! takanak bazirkan duit ptptn..hahaha.btw aku still dalam dilema event ade tige jep pilihan yang tepat ngn diri aku..tp still tak tau yg pertame yg mne satu....ayah kate mescom ibu kate tourism aku kate i.d..so???hahha *pitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ipts mahal, tapi kalau dah tak dapat ipta, we have no choice. nak pilih course memang dilema, tapi mesti kau ada satu impian yang sangat sangat nak kan? jadikan yang kau nak sangat dan kau boleh bawak tu first.bila kita nak sangat, by hook or by crook kita akan work hard for it kan? Plus, cuba kaji apa kebaikan keburukan dan cabaran yang bakal kau hadapi dari setiap course tu. pilihlah yang terbaik. istikharah and doa, then it's perfect. Good luck!

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

I don't hate comments