Friday, December 13, 2013

Persepsi hijab

Assalamualaikum w.b.t

Wanita bertudung bukan sesuatu yang asing pelik lagi aneh di negara kita. Ianya sangatlah normal. Pakai tudung ni dah jadi mainstream.
Tapi, yew noh kadang kita terlalu memandang remeh terhadap aspek aspek aurat yang hakikatnya aurat tu bukan cuma tutup rambut. Kenapa Allah suruh kita tutup aurat?
To protect ourself, our dignity. Tutup aurat ni dia akan jadi hijab. "Akak jap!Hijab bukan tudung ke?"
Nope baby girl. Well, everyone have their own perseption on hijab but for me, it is not only a selendang that u used to cover your hair but a complete attire that u used to cover your whole body accept face and palm. Oh and ya hijab is also your akhlak i.e as a muslimah kan, tak manislah bila nak gelak macam jantan, nak borak kalah joyah, bergossip 24/7. Hijabkan mata dgn menundukkan pandangan, telinga dengan tidak mendengar benda tak elok, mulut elak mengata mengumpat mengeji menghina. Dan yang paling payah sekali,  Hijabkan hati dari rasa dengki, riya, takabbur etc.
Setakat nak pakai tudung bukan isu yang besar sangat  sebab tudung tu dah jadi macam trend sekarang, macam macam fesyen tudung ada. Tapi lets recheck niat asal bertudung. Kalau setakat nak bergaya saja, sila rujuk balik perintah menutup aurat dalam surah an-nur. Moga moga dapat hidayah, terbuka mata hati lepas baca.
Bukan nak kata aku dah cukup baik, im still in my way for improvement. ((I hope u too. ))
Well just that phenomenon yang banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita kini, minah minah tudung bcm so minah tudung. Pakai tudung dah molek tapi masih buat benda tak senonoh. Mungkinlah mungkin dia memang tak bertemu mak cik hidayah atau mungkin dia masih tidak tahu. Tapi, oleh sebab ke-tidak-sopanan dan kesusilaan  mereka yang membawa imej islamic (mostly pakai tudung haruslah muslimah) , muslimah lain terkena tempias. Tak pasal org label konon je dia ni pakai tudung ada la tu nak tutup blablablablabla. Maka mak kiah dgn isteri pak mat tempe pon bergossiplah sambil beli ikan. Disebabkan nila yang beberapa titik tu, telah menyebabkan wanita lain menjadi bahan fitnah dan juga menyebabkan makcik makcik ni ada topik nak digosipkan. Puncanya org bertudung yang perangai serabai tadi.
Sebagai muslimah (muslimin pon ada aurat but im focusing on muslimah coz i am one) kita seharusnya take super good care of ourself coz u know, wanita ni fitnah terbesar kat dunia.
Allah bukan saja saja tak ada motif suruh kita tutup aurat, berhijab. Sesungguhnya kita ni, Allah jualah tuannya. Maka Allah always knows what is the best for us, hambanya.
Cuba baiki diri, sikit sikit pon tak pe. Pakai tudung, then labuhkan, elakkan pakai baju ketat jarang pendek, jinak jinakkan kaki dgn stoking, cover cover kan suara, tunduk tundukkan pandangan, dan lain lain. Awal awal memang susah memang kena paksa diri, biarkan diri terbiasa. Bila dah terbiasa, insyaallah tak susah dah. Nak mulakan langkah tu payah, bila dah mula nak istiqamah tu pon dugaan, tapi sentiasa ingatkan diri nak masuk syurga bukan senang. Usaha lebih sahabat. Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Dan paling penting jangan pernah rasa dah terlambat selagi matahari belum terbit di barat. All the best. Hijabkan diri, hijabkan hati.

Wassalam.xoxo

1 comment:

  1. assalamualaikum iqa. just a glance..tengok tajuk2 entry...dan baca entry ni. Alhamdulillah...suka dapat berkenalan dengan iqa. Teruskan!.

    ReplyDelete

I don't hate comments