Tuesday, September 20, 2016

Overrated doh Train To Busan!

assalamualaikum w.b.t

Dah tengok ke Train to Busan ??? From Great to Booosan, how will you rate it?
Personally aku rasa movie tu overrated. Haha. Sebab takde lah gempak sangat, sebagai pengikut tegar drama dan filem Korea aku rasa biasa-biasa je.

Berdasarkan pengalaman setelah menonton berpuluh puluh drama dan movie korea, memang semua ada motif, ada pengajaran, ada moral of the story, bukan cuma kisah cinta semata-mata. Cinta yang diorang paparkan pon bukan setakat 'Love line between women and men' sahaja. Tapi cinta kepada family members, friends, country and so on. Pendek kata, tak macam drama melayu lah.

Yang aku tak puas hati cerita Train to Busan ni, aku tak faham pon macam mana zombie tu boleh jadi zombie. Pastu dia habis macam tu je, apa jadi kat zombie zombie tu? Budak tu dapat jumpa mak dia tak? Zombie tu semua mmg mampus camtu je la? Makin kuranglah populasi rakyat Korea Selatan.

Lepastu, semua orang nampak kejahatan si COO yang setan tu je, padahal dia menyetan pon sebab family dia. Dia fikir family dia tengah tunggu kat rumah. Sweet apa? Haha. Cuma tu lah, matlamat tak menghalalkan cara, akhirnya mampus jua. Kalau dia berhati mulia, mesti ramai yang boleh selamat. Aish. Tulah sebab mak selalu pesan jangan lupa buat baik dengan orang tak kira siapa.

Tapi paling win yang fighter tu lah. Sedih aku tengok scene dia korbankan diri demi orang lain. Auch! Lagi satu part sedih masa bapak budak tu bunuh diri sebab dah kene virus. Sakit pulak hati tengok hero mati. Kalau dah sayang sanggup berkorban apa sahaja. Memang lelaki cemtuh ek? Sebab ayah pon gitu. kan?

Masalahnya, movie ni dia nak buat sequel. Seriouslah? Apa benda lagi? Nak lari lari dari zombie dari Busan balik Seoul pulak? Amboi! Try buat kat KL lah tengok seram tak seram. Zombie dah berkumpul, train delay! Hahaha.

So, "daripada 10, Nora bagi 5 bintang!"

Tak! Tak!

7.5/10 sebab I is pemurah dan bukan seorang pengkritik filem berlesen. El Oh El

Selamat Malam!
Mimpi indah!
Jangan mimpi Zombie sudah!
Mengigau karang roommates simbah!

Thank you! Wassalam. Muah!




No comments:

Post a Comment

I don't hate comments