Saturday, October 1, 2016

Mencari Aku

Deruan ombak memecah sunyi
Disusuli bunyi burung berkicau riang
Sinaran mentari terik memancar mengucup pipi 
Termenung aku mencari aku yang hilang

Aku yang hilang 
atau aku belum bertemu siapa aku sebenar
Aku rasa langkah yang telah kuambil telah cukup panjang 
Tapi fikirkan hari yang mereka lalui
hakikatnya jauh lagi perjalananku ini

Masih banyak yang belum aku temui
Masih banyak rasa yang belumku rasai
Belum cukup mimpi aku mimpi
Belum cukup masih banyak lagi

Selagi nyawa dikandung badan belum terlewat untuk mengubah diri
Belum terlambat untuk mencipta aku yang akan aku kagumi
Ini yang sedang berlegar dalam fikiranku
Aku mahu bina sesuatu
Sesuatu yang aku tak pasti aku mampu
Yang pasti aku mahu
Aku masih keliru dalam ruang legar pemikiranku 
Aku tak pasti dengan kemampuanku
Tak pasti tentang siapa aku
Adakah hilang atau belum bertemu? 


No comments:

Post a Comment

I don't hate comments