Sunday, February 10, 2013

Drama Melayu

Assalamualaikum w.b.t

Drama Setia Hujung Nyawa dan Ruby  baru sahaja tamat ditayangkan di TV3. Siapa tengok? angkat kaki!
Tak payah aku nak cerita sinopsis ke hape ke, uollsss tengok kan? Jadi, apa yang aku nak tulis harini ialah mengenai drama- drama melayu

Aku merupakan 'drama freak', jadi bila aku tengok satu drama tu aku akan tengok dari episod 1 sampailah final episod, kalu terlepas aku cari kat web. *Depands pada jaaln cerita dan pelakon jugak la.
Tapi masalahnya, aku selalu hampa bila di penghujung drama. Sebab mostly, drama mesti endingnya sangat typical dan obvious dia punya keterbiasaan tu. Happy Ending! Sampai kadang dia lupa nak sudahkan watak watak lain, dalam erti kata lain, cerita tergantung.

Tambahan lagi, kebanyakan drama melayu jalan cerita dia agak hambar dan mendatar dan kadang kucar- kacir. Mungkin sebab nak bagi pendek la kot, susunannya macam aci redah je. Tapi much better than sinetron yang panjang melewe-lewe tu. Memang orang melayu tak reti nak buat something yang 'short and sweet' kot. *Haha.Sebab aku sendiri tak reti nak buat something yang 'short and sweet'. *

Seterusnya, identiti melayu tak banyak ditayangkan dalam drama melayu. Seperti yang kita sedia maklum, pengaruh luar sangat mempengaruhi minda kita. Nilah yang orang dok kata, peikiran masih dijajah. sudut utama ialah pemakaian. Media massa sekarang jadi medium utama pembelajaran tidak formal untuk kanak kanak. Jadi, bila depa tengok orang melayu yang biasanya islam berpakaian seksi meksi, apakah yang akan bermain difikiran mereka?

Loving loving yang so sweet ni tak elok didedahkan kepada budak budak bawah umur. Dorang mudah terpengaruh dengan apa yang dorang tengok. Macam kat tv, cerita budak sekolah bercinta pegang pegang tangan segala, efek kepada kanak kanak? mereka pon berpacaran disekolah, mencuba apa yang ditonton di televisyen. Bad effect right?

Aku sendiri tak ada cadangan untuk mengatasi masalah tersebut, tapi seharusnya transformasi dilaksanakan terhadap cerita cerita ni.

Transformasi kemajuan duniawi dah sangat banyak dilaksanakan, jadi bilakahh transformasi ukhrawi akan digiatkan?
Sampai disini saja, aku masih mentah untuk bercakap banyak mungkin. 

wassalam.xoxo

1 comment:

  1. i like dish and sokong 200% then maybe sebab tuh aku ske tengok cite kartun he~~~

    ReplyDelete

I don't hate comments