Tuesday, February 12, 2013

To Hijabers.Hijabista.Hijab Stylista

assalamualaikum w.b.t

Bismillahirahmanirahim. :)

Nowadays, banyak fesyen fesyen muslimah diketengahkan. Bermula dengan fenomena yuna punya selendang, then jadi tudung endon, i means tudung yang ada awning tuuu. Then, jadi syiria, pashmina, bawal balik and now it's lotssss of choices.

Memang best gila kepada yang bertudung sebab banyak choice sambil boleh berfesyen dan in trend. Yang baru nak mula bertudung pon ramai. Alhamdulillah :) Majalah dan program televisyen berkaitan muslimah pon semakin banyak. Jadi trend la kiranya.

Tapi, ya, saya memang pengkritik bebas!

Certain of this media memberi gambaran dan panduan yang tak berapa molek. Which I meant, dalam berpakaian, dalam bergaya, dalam berfesyen, kita kene ingat there's a rule. Islam memang bukan agama yang memaksa, tapi ianya ditujukan kepada bukan Islam yang bermakna tiada paksaan untuk beragama, jadi dia boleh pilih nak jadi islam ke nak jadi kafir ke, it's up to them. But as a muslim, we have the rules.

Allah suruh kita, muslimah semua ni tutup aurat, berhijab.
Okey, HIJAB here, is not only cover your hair or covering your whole body from head to toe but still make it appearance. Hijab is about covering your aurat. As we know, aurat seorang wanita itu adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Dalam menutup seluruh badan tu pon ada syarat wajibnya,

  • tak boleh jarang. kalau jarang, transparent, seghopee tak payah pakai baju kan? sama jeee
  • tak mau ketat. ketat sehingga menampakkan susuk tubuh. seriously, pakai baju ketat ketat lagi rimas.
  • tudung dilabuhkan sehingga menutup dada. Yeah yeww knew, women's ass. 
  • No sanggul! sesungguhnya nabi tak mengaku umat orang yang buat sanggol tu.
Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (Sohih Bukhari)
Mungkin, ada orang kata aku tak pakai tudung salah, dah pakai tudung pon salah.
Well, sila baiki niat tu! Niat kita bertudung berhijab menjaga aurat, semua kerana Allah Taala.
Kalau kita sentiasa ikhlas kerana Allah, inshaallah, kita tak rasa terbeban.

Aku sendiri seorang yang macam lalang.
Suka terikut ikut gaya semasa. Tapi bila aku banyak membaca perkara yang berkaitan aurat ni, alhamdulillah, aku semakin sedar akan niat sebenar kita berhijab dan etika berhijab yang sebenarnya.
Memang agak susah untuk memulakan langkah pertama dan aku masih lagi tak berjaya sebenarnya. Tapi usaha dan mohon bantuan daripada Allah. Dengan izin Allah kita pasti boleh menjadi yang lebih baik.

Bila kaji balik soal aurat ni, rasa macam kena kemas balik almari dan hapuskan pakaian yang tak sepatutnya tu. dan kadang rasa malu sangat bila seorang yang mempunyai didikan agama, tapi tak mengamalkan apa yang dah dipelajari. jiwa remaja yang teringin nak cuba sesuatu yang baru, nafsu perempuan yang nak nampak lawa, nampak cantik, dan bisikan bisikan syaitan laknatullah, buat diri terbuai dengan dunia yang tak kekal lama.
Sometimes we have to sacrifice our own pleasures for the pleasure of the One we love most - Allah.
aku terbaca ayat tu dan ia menusuk deep inside my heart. Kita tak boleh nak berfoya foya sangat kat dunia yang sementara ni, kita kena work hard untuk kehidupan yang kekal abadi kat akhirat nanti.

Mungkin ada yang kata tutup aurat tapi perangai tak baik buat hape?aku yang pakai cenggini tapi hati aku baik. Sebabtulah kitya disuruh berhijab. Hijab juga ialah menjaga pandangan kita daripada perkara yang tah papa, menjaga diri dari buat benda yang tak elok dan sebagainya. Kita haruslah ikut sunnah nabi, contohi akhlak baginda, bukan bab kahwin 4 je baru ingat sunnah nabi.

Apa yang aku tulis ni semuanya ialah note to myself too. Aku bukan nak kata siapa siapa, aku tengah berkata pasal aku. I'm not a good muslimah yet and still trying to be good and improving myself and I hope that you also trying to be better. Because we have to be better, every single minutes. 
Try to do the best and let Allah do the rest. 
Before going, do make a checklist

Wassalam.xoxo


No comments:

Post a Comment

I don't hate comments