assalamualaikum w.b.t
This is a random post.
Aku dah start dihujani assignment yang berduyun tiba. Masalah paling besar sekarang ialah aku dah jarang menulis, dah kurang mengasah otak dalam penulisan dan amat lambat kini otak nak memproses idea idea bernas dalam penghasilan ayat ayat yang menarik jiwa raga.
Aku juga dah kurang membaca, aku terlalu banyak habiskan masa dengan video korea yang kebanyakan subtitle english nya adalah konglish yang memang jauh benar dari english uk atau us dari sudut susunan ayat dan tatabahasanya. Bahasa Melayu ku juga seperti makin kurang perbendaharaan kata.
Aku dalam keadaan yang kritikal.
Aku perlu menulis dan membaca. Aku perlu menghujani minda dengan kata pujangga, dengan madah bicara supaya tugasan aku tidak terlahir janggal dan lemah dari segala sudut berbeza.
Kerana ini, aku hasilkan sebuah coretan untuk menguji sejauh mana penyusunan ayatku telah berlari meninggalkan diri ini. Tetapi nyata, belum jauh mereka pergi.
wassalam.xoxo
No comments:
Post a Comment
I don't hate comments