Thursday, November 13, 2014

Unexpected future is something we need to expect

Assalamualaikum w.b.t


Officially 2 months and plus I’m here. Actually I’m not trying to talk about how my two months is. This post is basically about motivation (like always) .

Okay, lemme use bahasa rojak Malaysian style macam biasa instead guna English terabur itu.
Sekarang kan, aku ada rasa rindu lah jugak dekat buku-buku sains aku. U know, physics, chemistry, biology, maths and so on. Ye lah sekarang aku dah beralih arah, dulu sains tulen, sekarang sains sosial.

Sebelum ni, aku kaji fasal alam secara saintifik sekarang secara psikologi. Seronok.

This is what I told ya bout the unexpected. Dulu masa sekolah beriya la semua (termasuk diri aku sendiri) ingat aku akan masuk course yang keje keje hospital. Sebab cita-cita dulu nak jadi dietition kan. Tapi malas belajar. Sila jangan contohi akak ye adik-adik.

Lepas result SPM yang tak seberapa tu, konon nak tebus dosa, masuklah matrik. Tapi tak taubat nasuha rupanya. Alhamdulillah dapat masuk U, course Human Development and IT. Semua ini tak pernah pon dijangka. Tak pernah pon dulu expect aku akan belajar psikologi, belajar fasal kanak-kanak hape semua ni. All this are so WOW!

Tapi, ye lah kan, kita tak expect sebab kita bukan tahu pon future kita macam mana. Tapi kita kene sentiasa expect yang Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dulu, kini dan selamanya. Kita hanya mampu merancang, Allah sahaja yang berkuasa atas setiap ketentuan. Selama Tuhan pinjamkan nyawa ni, kita explore lah, belajar kerana Allah. Supaya belajar tu tak jadi sia-sia macam tu je.
Buat masa sekarang, aku belum pasti lagi apa rancangan aku lepas ni. Kerja apa yang aku nak target. Memanglah Allah dah tentukan, tapi bergantung juga pada usaha kita. Hidup kene bermatlamat.

Actually, aku terkenang kawan-kawan sekolah yang ramai gak lari dari corak asal. Masa sekolah cita-cita lain, masuk U dapat course lain. Tunggu kita tengok kerja nanti macam mana pulak. Sebab unexpected future is something we need to expect, kita kan ada Allah yang maha berkuasa atas segala-galanya.

Orang yang tak ada degree mungkin boleh jadi lebih kaya dari orang yang ada master. Semua ni mungkin, sebab pemberi rezeki tu Allah. Yang paling penting kita kene ingat tak guna kalau kita ada phD sekalipun kalau kita tak mampu menggapai kejayaan di akhirat kelak. Dunia dan akhirat harus seiring. Gituhhh.

Teruskan usaha menggapai kejayaan wahai kalian yang daku kasihi.



Wassalam.xoxo 



No comments:

Post a Comment

I don't hate comments