Saturday, October 17, 2015

Review: Maybelline Miracle Water

assalamualaikum w.b.t

Pikah baru je beli makeup remover ni ataupun miracle water. Miracle? Ajaib sangatke? Hahaha. Baru beli pon tak baru sangatlah sebenarnya, hampir 2 minggu. Tapi, sebab saya suka, saya kene kongsi dengan orang lain. Kene jugak!  


Jadi, selepas menggunakan pembersih alat solek ni pikah sangatlah berpuas hati.
Satu, sebab dia jenis air (water base) nama pon miracle water jadi dia tak ada lekit lekit berminyak dan yang sewaktu dengannya.
Dua, dia melembapkan kulit. macam lepas guna toner. Menyegarkan.
Tiga, pikah bukan jenis pakai makeup tebal pon setakat paling degil pon eyeliner waterproof dan ia boleh tanggal dengan jayanya. Alhamdulillah.

Maka, saya mengesyorkan anda menggunakan produk ini sebab memang puas hati untuk yang tak mekap tebal lah. Sebab dia dah tulis pon kat botol tu "removes light makeup".   Botol dia yang kecik 'handy' ni senang nak usung pergi mana mana.nak solat pon takde masalah.

Tambahan lagi,  miracle water ni membantu hilangkan habuk habuk dan kotoran kotoran yang melekat kat muka tanpa kita sedar, sebelum cuci muka guna cleanser, lap dulu dengan miracle water ni. Cenggituhhh. Barulah kulit bebas dari anasir anasir negativiti.

Okay. Sampai disitu sahaja.
Sekian.

Wassalam.xoxo.








No comments:

Post a Comment

I don't hate comments