Monday, October 12, 2015

REVIEW (jujur ikhlas) :NOUR AIN SKINCARE

Assalamualaikum w.b.t

Lama gila weyh tak update blog. Rasa kekok pulak. Mana taknya, asal ada niat hati nak menulis je masa tu lah jugak rasa nak makan, nak tido, nak tanam ubi, nak tanam jagung, masa tu lah tetiba assignment nak menimbun. Hahahaha.

Maka, penulisan hari ini adalah berkenaan dengan Nour Ain Skincare.
 
Set 5 in 1 Nour Ain (Packaging lama)
Gambar atas inilah produknya. 5 in 1. Serum, toner, dalam kotak tu ada sabun muka, krim malam dan UV + foundation atau bahasa lain kita panggil krim siang. Ini bungkusan lama, toner tu dia dah tukar packaging.
Pikah mula pakai produk ni awal 2015.
Kesan dia tak terlalu cepat tapi ada perubahan. Hahaha. Payoh faham bahasa aok ni pikah.
Paling paling seronok produk ni, toner dia wangi! selalu toner ada bau hospital kan (alcohol sebenarnya) tapi yang ni bau berries. Vitamin c dia pon bau sedap. Krim siang dia tak menjadikan kulit nampak bercapuk atau kelabu. haha. sebab biasa kalau kulit gelap dan pakai krim pencerah dia jadi macam kasut hitam kene bedak. kelabu. hmmmm.
krim malam dia pon berkesan. Kalau jerawat tu sapu vitamin c dengan krim malam, esok pagi dah kurang. Seronok hati kita. 
Gambar raya 2014

gambar raya 2015

Saya telah cuba sedaya mampu cari gambar dengan pengcahayaan yang sama. Dua-dua gambar atas ni guna kamera yang sama tanpa apa apa filter. 2014 kulit muka kusam tapi 2015 dah makin cerah. "Kawan kawan pon ramai tanya macam mana boleh jadi makin cerah?" *ahah! iklan sangat*

Tapi parut parut jerawat tu memang degil lah cite dia. Tiap bulan pon naik jerawat, parut lama belum hilang dah muncul yang baru. Kulit saya amatlah sensitip macam hati saya. Uhuk!

Ok! Sambung cerita. Perkara paling buruk sepanjang aku pakai produk ni ialah bila malas ikut rutin, mulalah memancar penjerawatan. *RIP my BM*  Maksudnya, jerawat cepat je naik kalau malas-malas nak jaga muka.

ni masa awal awal guna 1 bulan pertama kot.
ni beberapa hari yang lepas (dengan penambahan sedikit filter. hahaha)


Jadi, konklusinya setakat ni memang produk ni beri kesan yang positif buat pikah berbanding dengan produk-produk yang pernah dicuba sebelum ni. Saya bagi 5 bintang! Dan!!! Hakikatnya puberty doesn't hit me like a truck, cuma diri sendiri je ada kesedaran nak jadi rajin jaga kulit. Tiada apa yang datang tanpa usaha. ececeyyy

P/S: Kesan setiap produk kulit bergantung pada jenis kulit individu tu sendiri. Jadilah pengguna bijak. Gituhhh.

Orait.
Wassalam. xoxo.



No comments:

Post a Comment

I don't hate comments