Tuesday, June 30, 2015

Review Drama: The Producers

assalamualaikum w.b.t

Image result for producer korean drama

The producers merupakan sebuah drama korea bersiaran dari 15 May 2015 hingga 20 june 2015. Drama yang mengisahkan tentang kehidupan penerbit-penerbit program dalam sebuah syarikat penyiaran. Dibintangi oleh Kim Soo Hyun, IU, Cha Tae Hyun dan Gong Hyo Jin.

Cerita ni dah habis 12 episodes. Secara keseluruhan memang bestlah. First reason pikah tengok citer ni sebab IU. i adore her sangat. Cantik, talented dan ayu. Hahahah. Tapi, watak IU dalam drama ni tak sama dengan IU yang betul. Watak dia sebagai artis seksi, keras kepala, sombong, degil dan blablabla.



Perkembangan cerita ni agak slow dan tak banyak sangat konflik. sesuai untuk tontonan santai sambil gelak gelak tengok kim soo hyun yang hensem tp bingu.

Kisah cinta dalam drama korea sangat tak boleh dipisahkan. Dalam drama ni, kisah cintanya lebih tertumpu kepada cinta antara sahabat. Biasa kita dengarkan, lelaki dgn perempuan tak boleh jd bff, mesti ada yang jatuh cinta nanti. Jadi, Ra joon Mo dengan Tak Ye Jin ni adalah kawan dari kecik, tp bila dah besar diorang sendiri konfius perasaan diorang ni cinta atau sayang sebab kawan je. Dua dua push and pull tapi akhirnya bersama jua. Biasalah drama. hahahahaha

Pikah suka drama-drama korea ni sebab banyak jenis pekerjaan yang dia guna. macam dalam drama ni, producers. Selama ni memang tak pernah tau pon kerja seorang producer. Dari drama ni, dapat lah gambaran sikit. Lepas tu bolehlah berangan nak jadi producer pulak. HAHAHAH

Overall, I rate this drama as 7.75/10.



Wassalam.xoxo